KOMPUTER
Mesin yang boleh di programkan untuk menerima data memproses data ke bentuk maklumat yang mengeluarkan output dan seterusnya menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.
Unit asas perkakasan iaitu :
- unit input
- unit output
- unit pemproses
- unit storan
UNIT INPUT
Input data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses dimana data ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh computer ( bahasa mesin ).
CARA KEMASUKAN DATA
a) kemasukan secara transkriktif/batch.
- Data yang pada mulanya di isi didalam dokumen seperti borang dan kemudiannya di masukkan ke dalam komputer oleh manusia.
b) kemasukan secara data sumber/ online.
- Data yang dimasukkan terus menggunakan peranti input yang boleh membaca secara terus ke data tersebut. Data disediakan dalam bentuk yang boleh dibaca oleh peranti input.
PERANTI INPUT
Peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses di mana input akan ditukar ke dalam bentuk bahasa mesin.
Contoh-contoh peranti input :
a) Papan kekunci (keyboard)
-Merupakan peranti input yang utama pada system computer. Mempunyai banyak kekunci yang mewakili data yang hendak di masukkan ke dalam komputer.
b) Tetikus (mouse)
- Digunakan untuk menunjukkan kedudukan kursor atau penunjuk pada skrin bagi operasi yang hendak dibuat seperti untuk memilih menu, ikon, menggerakkan kursor dan juga melakar.
a) Trackball
- sama seperti tetikus Cuma di pasang pada PC yang bersaiz kecil seperti laptop.
b) MICR ( Magnetic Ink Character Recognition )
- Digunakan untuk membaca askara yang dicetak dengan dakwat magnetic.
Contohnya ialah membaca askara yang terdapat pada cek
c) OMR ( Optical Mark Recognition )
- Digunakan untuk membaca/mengesan tanda pada kertas piawai.Contohnya askara yang dicetak sebagai tanda harga barang.
d) OCR ( Optical Character Recognition )
- Digunakan untuk mengesan askara khusus yang piawai. Contohnya askara yang dicetak sebagai tanda harga barang.
e) OBR (Optical Bar Recognition )
- Digunakan untuk mengesan kod bar yang terdapat pada barangan dimana kod bar yang mengandungi maklumat tentang pengeluar, harga dan jenis barang.
f) Hand Tracking Device
- Digunakan untuk mengesan tulisan tangan yang ditulis dalan format yang dapat dibaca oleh peranti.
g) Scanner
- Digunakan untuk mengesan sebarang sumber data seperti lukisan, gambar dan dokumen.
j) Speech Recognition Device
- Digunakan untuk situasi yang perlu memberi respon cepat dan dimana pengguna tidak perlu memasukkan data menggunakan tangan. Menggunakan mikrofon.
h) Skrin Sentuh ( Touch Screen )
- Menerima input bila skrin disentuh atau diberi gangguan. Skrin sentuh sesuai digunakan jika membuat pilihan.
i) Digitalize Tablet
- Peranti ini akan menerima lukisan atau lakaran yang menggunakan peranti khusus (stylus).
m) Pen Cahaya ( Light Pen )
- Light pen akan mengesan cahaya pada skrin dan ia biasanya di gunakan untuk membuat pilihan dan juga melukis.
n) Kayu Ria ( Joystick )
- Peranti ini menggunakan tuil untuk mengawal kedudukan kursor dan ia biasanya digunakan untuk mengawal perisian permainan.
UNIT OUTPUT
Output ialah maklumat yang berguna yang dikeluarkan hasil dari pemprosesan data kedalam bentuk yang boleh di baca oleh manusia, komputer atau peranti lain.
BENTUK OUTPUT
a) Salinan keras ( hard copy )
- Output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan seperti cetakan dikertas oleh pencetak.
b) Salinan Lembut ( soft copy )
- Output yang dihasilkan secara sementara iaitu tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contohnya, paparan di skrin monitor.
PERANTI OUTPUT
Peranti yang digunakan untuk mengeluarkan output dengan menukarnya dari bentuk yang boleh difahami oleh komputer ke bentuk yang boleh di baca oleh manusia atau peranti lain.
Contoh- contoh peranti output :
a)Skrin ( Monitor )
- Output yang dipaparkan oleh skrin.
b)Pencetak ( Printer )
- Output yang akan dicetak pada kertas oleh pencetak.
c) COM ( Computer Output Microform )
- Output yang dikeluarkan dalam bentuk imej yang kecil pada gulungan filem( microfiche ).
d) Voice Output Device
- Output dikeluarkan dalam bentuk suara.
e) Peranti Output Muzik
- Mengeluarkan output bagi bunyi-bunyi muzik. Contohnya speaker.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment